Sunday, June 20, 2010

Frequent Question & Answer on Cloth Diaper

0 comments
1) Apa itu Cloth Diaper (CD)?

CD ialah lampin kain moden yang terdiri daripada lapik dalam yang dipanggil insert @ soaker yang akan menyerap basahan Si Kecil dan juga CD pant iaitu seluar yang mengandungi poket yang diperbuat daripada microfleece di bahagian dalamnya untuk dimasukkan insert. Kebiasaannya setiap satu CD mempunyai 1 insert. Anda boleh membeli insert tambahan dengan kami, jika perlu.

2) Berapa lama daya serapan satu2 Cloth Diaper?

Daya serapan CD bergantung pada kuantiti insert yang dimasukkan ke dalam poket CD. Setiap satu insert mampu menampung basahan selama 3-4 jam. Untuk kegunaan pada waktu malam, dinasihatkan menggunakan 2 insert untuk daya serapan lebih lama.

3) Berapa keping Cloth Diaper sekurang2nya diperlukan?

Kebiasaan bayi berusia 2 bulan ke atas menggunakan 6 - 7 keping CD sehari semalam.

4) Adakah Cloth Diaper ini tahan lama?

CD ini tahan lama dan tidak luntur walaupun dibasuh berulang2 kali. Untuk daya tahan lebih lama, anda dinasihatkan menggunakan washing net semasa sesi basuhan bagi memelihara jahitan CD.

5) Kenapa perlu bertukar kepada Cloth Diaper?

a)LEBIH SELAMAT-CD tidak mengandungi bahan kimia yang keterlaluan yang boleh menyebabkan penyakit seperti masalah mandul.

b) LEBIH JIMAT-boleh dibasuh dan digunapakai berulang2 kali sehingga bermula sesi latihan ke tandas. Tidak perlu membeli CD setiap bulan sepertimana lampin pakai buang. Boleh juga digunakan untuk anak2 yang seterusnya.

c) MESRA ALAM-tidak perlu dibuang dan dapat mengurangkan sisa buangan lampin kain moden yang memakan masa bertahun2 untuk lupus.

d) GAYA BARU- CD didatangkan dengan pelbagai warna dan juga jenis. Ada yang berbutang dan juga berpelekat.

6) Adakah perlu beli Cloth Diaper yang baru apabila bayi semakin membesar?

TIDAK PERLU. Kerana CD ini boleh dilaras saiz dari saiz S, M dan juga L. Bagi sesetengah jenama, saiz boleh dilaras sehingga saiz XL seperti jenama Lunatots. Jadi anda hanya perlu menukar saiz CD melalui butang2 yang terdapat di bahagian luar CD.

7) Apakah kelebihan menggunakan Nappy Liner?

Nappy Liner adalah langkah BIJAK bagi ibu2 yang mempunyai masalah membasuh poo poo anak. Nappy liner yang terkena poo poo boleh dibuang dan sesi basuhan CD lebih mudah. Nappy liner yang hanya terkena pee pee (air kencing), boleh dibilas, jemur dan boleh diguna semula kali kedua dan juga ketiga.
Selain itu Nappy Liner juga amat sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir. Hanya perlu menukar Nappy Liner yang baru dan CD yang sama masih boleh digunakan sekiranya tidak terkena pee pee mahupun poo poo anak.

8) Perlukah menggunakan sabun khas untuk mencuci Cloth Diaper?

TIDAK SEMESTINYA. Anda boleh menggunakan sebarang sabun yang tidak berenzim, tidak mengandungi sebarang bahan peluntur dan juga pelembut. Penggunaan sabun yang sesuai amat penting bagi memelihara daya serapan insert dan juga microfleece. Saranan kami: Gunakan LunaCare Detergent bagi memelihara daya serapan CD anda.
 

MYDEARSHOPPE E-SHOP Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal