Showing posts with label DISPOSABLE DIAPER VS CLOTH DIAPER. Show all posts
Showing posts with label DISPOSABLE DIAPER VS CLOTH DIAPER. Show all posts

Monday, July 20, 2009

Kenapa Lunatots Cloth Diaper Cont'd...

0 comments
Entry ni adalah sambungan pada entry saya yang lepas. Semoga kalian dapat informasi yang berguna mengenai CD. Lagi tentang KEBAIKAN CD;
-----
3) Mesra alam - anda dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan hanya membuat keputusan menggunakan CD. Ini adalah kerana DD adalah sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya dan ianya mengambil masa 500 tahun untuk terurai.
-----
4) Lebih bergaya - Si Cilik anda juga lebih seronok menggunakan CD kerana kami mempunyai 11 warna pilihan yang pasti menambat hati anda dan juga Si Cilik.
-----
5) Lebih awal potty train - CD boleh terus digunapakai sehingga bayi berusia 3 tahun. Kenapa hanya 3 tahun? Ini kerana Si Cilik yang menggunakan CD lebih bijak dan lebih awal potty train berbanding yang menggunakan DD. Kenapa begitu...?Kerana bayi akan rasa basah ketika dia harus rasa basah. Oppss, boleh fahamkah...?Maksud saya, jika menggunakan CD dalam jangkamasa maksima bagi CD 1 insert iaitu melebihi 4 jam, bayi dengan sendirinya merasa basah dan tidak selesa. Tidak seperti bayi yang menggunakan DD, tetap akan merasa kering walaupun sudah lama menggunkannya. Oleh itu, ia akan melambatkan proses potty train.
-----

Jadual pembasuhan CD
*untuk anggaran 20 CD
-----

Hari pertama;
Jumlah CD bersih = 14 keping
Jumlah CD kotor = 6 keping
Status = 6 CD kotor dalam baldi
-----

Hari kedua;
Jumlah CD bersih = 8 keping
Jumlah CD kotor = 6 keping
Status = 12 CD kotor dalam baldi
-----

Hari ketiga (Hari membasuh CD);
Jumlah CD bersih = 2 keping
Jumlah CD kotor = 6 keping
Status = 18 CD kotor dalam baldi
-----

Cara membasuh CD

a) Prewash CD baru tanpa sabun sekurang2nya 2 kali untuk mendapat daya serapan yang baik
b) Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas hingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi (untuk 3 hari membasuh CD)
c)Masukkan CD ke dalam mesin basuh. Gunakan sabun basuh paling murah di pasaran tanpa bahan peluntur dan pelembut bagi memelihara daya serapan
d) Gunakan Lunatots Nappy Laundry Net untuk menjamin jangka hayat CD anda
e) Sidai CD di bawah kipas atau seelok2nya di bawah sinaran cahaya matahari
f) Angkat dan masukkan insert siap2 untuk penggunaan siang 1 insert dan malam 2 insert
-----
Marilah kita sama2 mewariskan bumi yang HIJAU untuk anak2 kita dan juga generasi akan datang.
-----
Sharing is Caring,
Mardiana Alias
012-9306501
http://mydearshoppe.blogspot.com/
mydearshoppe@yahoo.com

Sunday, July 19, 2009

Kenapa Lunatots Cloth Diaper...?

0 comments
Ramai yang beranggapan penggunaan CLOTH DIAPER (CD) ini leceh dan terlalu mahal. Pada hakikatnya CD adalah lebih baik berbanding LAMPIN PAKAI BUANG ataupun DISPOSABLE DIAPER (DD) kerana ianya diperbuat daripada bahan asas tanpa penggunaan bahan toksik yang boleh memudharatkan bayi anda. Antara kebaikan CD berbanding DD adalah:

1)
Lebih selamat - tiada bahan toksik sepertimana yang terdapat di dalam DD.

Cuba kita kenali DD dengan lebih terperinci;

Dioksin disenaraikan oleh EPA (U.S Enviromental Protection Agency) sebagai toksik yang boleh menyebabkan kanser. Ianya digunakan dalam proses bleaching paper.

Trybutyl-tin (TBT) - toksik yang boleh meyebabkan masalah hormon kepada manusia dan haiwan. Ia merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.

Sodium plicrylate - berupa gel iaitu kristal yang sangat menyerap. Bahan ini juga telah dibuang daripada tampon kerana kaitannya dengan sindrom toxic shock. Polimer ini meyebabkan alergi teruk seperti muntah, jangkitan dan demam.

Meningkatkan jumlah peratusn bayi rashes atau ruam daripada 5% (1955) kepada 78% (1991).

Penyebab athma di kalangan bayi.

Kajian 2000 (German) meyatakan suhu yang terlampau tinggi pada bahagian skrotum bayi lelaki menyebabkan kerosakan pada mekanisma penyejukannya dan boleh mengakibatkan masalah kemandulan.

Kenali CD (Gambar akan saya upload kemudian)

a) Bahagian luar ialah PUL yang tidak bocor
b) Bahagian dalam ialah microfleece yang akan membuatkan bayi rasa kering
c) Bahagian yang menyerap air kencing bayi ialah microfiber insert

Cara pemakaian CD (Gambar akan saya upload kemudian)

a) Buka cloth diaper
b) Masukkan insert ke dalam poket bahagian dalam CD
c) Pakaikan CD pada bayi anda sama seperti menggunkan DD

2)
Lebih jimat - ianya boleh digunapakai sejak bayi baru lahir sehingga berusia 3 tahun. Anda tidak perlu risau untuk membeli DD setiap bulan kerana CD boleh dicuci dan dilaraskan menjadi 3 saiz iaitu S, M dan L dengan hanya melaraskan butang2 yang terdapat di CD. Kiraan ringkas kos menggunakan DD dan juga CD.

Sehari bayi menggunakan 6 keping DD RM0.60 x 6 DD x 31 hari = RM111.60
Setahun menggunakan DD RM111.60 x 12 bulan = RM1,339.20
3 tahun menggunakan DD RM1,339.20 x 3 tahun =
RM4,017.60

Jika bayi menggunakan 20 keping CD (selang 3 hari waktu basuhan CD) RM50 x 20 keping CD =
RM1,000 untuk jangkamasa 3 tahun penggunaan CD. Dan CD boleh diwariskan kepada anak2 yang seterusnya. JIMATKAN...?

Cuba anda bayangkan penjimatan yang dapat dilakukan jika anda memilih untuk menggunakan CD. Anda berjaya berjimat sebanyak 75% daripada kos membeli DD.

----------------------------------------to be continued...-------------------------------------
 

MYDEARSHOPPE E-SHOP Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal