Sunday, July 19, 2009

Kenapa Lunatots Cloth Diaper...?


Ramai yang beranggapan penggunaan CLOTH DIAPER (CD) ini leceh dan terlalu mahal. Pada hakikatnya CD adalah lebih baik berbanding LAMPIN PAKAI BUANG ataupun DISPOSABLE DIAPER (DD) kerana ianya diperbuat daripada bahan asas tanpa penggunaan bahan toksik yang boleh memudharatkan bayi anda. Antara kebaikan CD berbanding DD adalah:

1)
Lebih selamat - tiada bahan toksik sepertimana yang terdapat di dalam DD.

Cuba kita kenali DD dengan lebih terperinci;

Dioksin disenaraikan oleh EPA (U.S Enviromental Protection Agency) sebagai toksik yang boleh menyebabkan kanser. Ianya digunakan dalam proses bleaching paper.

Trybutyl-tin (TBT) - toksik yang boleh meyebabkan masalah hormon kepada manusia dan haiwan. Ia merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.

Sodium plicrylate - berupa gel iaitu kristal yang sangat menyerap. Bahan ini juga telah dibuang daripada tampon kerana kaitannya dengan sindrom toxic shock. Polimer ini meyebabkan alergi teruk seperti muntah, jangkitan dan demam.

Meningkatkan jumlah peratusn bayi rashes atau ruam daripada 5% (1955) kepada 78% (1991).

Penyebab athma di kalangan bayi.

Kajian 2000 (German) meyatakan suhu yang terlampau tinggi pada bahagian skrotum bayi lelaki menyebabkan kerosakan pada mekanisma penyejukannya dan boleh mengakibatkan masalah kemandulan.

Kenali CD (Gambar akan saya upload kemudian)

a) Bahagian luar ialah PUL yang tidak bocor
b) Bahagian dalam ialah microfleece yang akan membuatkan bayi rasa kering
c) Bahagian yang menyerap air kencing bayi ialah microfiber insert

Cara pemakaian CD (Gambar akan saya upload kemudian)

a) Buka cloth diaper
b) Masukkan insert ke dalam poket bahagian dalam CD
c) Pakaikan CD pada bayi anda sama seperti menggunkan DD

2)
Lebih jimat - ianya boleh digunapakai sejak bayi baru lahir sehingga berusia 3 tahun. Anda tidak perlu risau untuk membeli DD setiap bulan kerana CD boleh dicuci dan dilaraskan menjadi 3 saiz iaitu S, M dan L dengan hanya melaraskan butang2 yang terdapat di CD. Kiraan ringkas kos menggunakan DD dan juga CD.

Sehari bayi menggunakan 6 keping DD RM0.60 x 6 DD x 31 hari = RM111.60
Setahun menggunakan DD RM111.60 x 12 bulan = RM1,339.20
3 tahun menggunakan DD RM1,339.20 x 3 tahun =
RM4,017.60

Jika bayi menggunakan 20 keping CD (selang 3 hari waktu basuhan CD) RM50 x 20 keping CD =
RM1,000 untuk jangkamasa 3 tahun penggunaan CD. Dan CD boleh diwariskan kepada anak2 yang seterusnya. JIMATKAN...?

Cuba anda bayangkan penjimatan yang dapat dilakukan jika anda memilih untuk menggunakan CD. Anda berjaya berjimat sebanyak 75% daripada kos membeli DD.

----------------------------------------to be continued...-------------------------------------

0 comments on "Kenapa Lunatots Cloth Diaper...?"

Post a Comment

 

MYDEARSHOPPE E-SHOP Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal