Tuesday, July 28, 2009

Cara pemakaian CD


Sepertimana yang telah saya janjikan dalam entry terdahulu, bahawa saya akan uploadkan bagaimana cara pemakaian CD sebagai panduan kita bersama. Jemput la layan gambar ye...


Buka CD Si Cilik anda yang telah di 'prewash' sekurang2nya sebanyak 2 kali dan kemudian...


Masukkan microfiber insert ke dalam poket di bahagian dalam CD. Pastikan insert benar2 meliputi bahagian dalam poket CD bagi memastikan insert dapat menyerap basahan sepenuhnya.

Pakaikan CD yang telah siap dimasukkan insert tadi kepada Si Cilik anda dengan melekatkan butang2 atau pun pelekat yang terdapat pada CD. Cara pemakaian dan pemilihan saiz yang betul adalah penting bagi memastikan Si Cilik anda berasa selesa dan tidak basah sebelum waktunya (kadangkala kebocoran adalah disebabkan cara pemakaian dan pemilihan saiz yang salah)

0 comments on "Cara pemakaian CD"

Post a Comment

 

MYDEARSHOPPE E-SHOP Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal